Thomas Tuchel memuji semangat Paris Saint-Germai (PSG) selepas meraih kemenangan tipis 1-0 dalam aksi Liga Juara-Juara (UCL) ke atas RB Leipzig dan enggan memohon maaf di sebalik kemenangan yang buruk.

Finalis musim lalu tidak berada di tahap terbaik ketika bertemu Leipzig, dengan jaringan penalti Neymar pada minit ke-11 menjadi salah satu daripada tiga percubaan tepat PSG sepanjang perlawanan.

Keputusan itu menyaksikan PSG melintasi Leipzig di tempat kedua Kumpulan H hasil kelebihan jaringan dengan berbaki dua perlawanan.

Ketua jurulatih yang berdepakn tekanan ketika ini , Tuchel berpandangan pauskannya bertuah meraih tiga mata di Parc des Princes, namun ennggan me mohon maaf di sebalik cara mereka mendapatkan kemenangan.

"Kami tidak bertuah ketika tewas 2-1 kepada Leipzig sebelum ini dan kali ini ia sudah kembali," katanya. "Kami bermain dengan penuh solidariti dan bertahan dengan sepenuh hati.

"Selalu bersama. Itulah sebab kami sentiasa menang. Saya tidak akan meminta maaf untuk itu. Perlawanan itu menuntut agar kami bertahan dengan mendalam dan kami melakukan apa yang dituntut oleh permainan.

"Perlawanan ini bukan mencari jalan untuk keluar daripada tekanan tetapi kami harus menyerapnyanya. Saya akur dengan cara kami menang kali ini.

"Kami mahu menyerang. Kami pernah melakukannya sebelum ini. Tetapi kadang-kadang ia tidak menjadi."