Trophee des Champions: Neymar sertai persiapan akhir PSG 

By Shaiful Shamsudin 12 January 2021 86
 Trophee des Champions: Neymar sertai persiapan akhir PSG 
Neymar kembali ke gelanggang latihan Paris Saint-Germain (PSG) semalam bagi menjalani persiapan untuk menghadapi Marseille dalam pertembungan 'Trophee des Champions' -- juara bertahan Ligue 1 menentang pemenang Coupe de France musim lalu.

Bintang Brazil itu belum tampil di bawah kendalian Mauricio Pochettino gara-gara dihimpit masalah pergelangan kaki bulan lalu.

Menurut Le Parisien, bekas penyerang Barcelona itu 50-50 untuk menghadapi Marseille di Lens, awal pagi Khamis ini. 

Neymar hanya tampil tujuh kali dalam Ligue 1 musim ini dengan menjaringkan tiga gol dan membuat tiga bantuan jaringan. 

Dia mempamerkan prestasi memberangsangkan dalam Liga Juara-Juara (UCL) dengan menghasilkan enam gol dalam lima perlawanan untuk PSG mengungguli saingan sukar Kumpulan H yang turut dibarisi RB Leipzig dan Manchester United.


 

Leandro Paredes, Danilo Pereira dan Presnel Kimpembe, yang ditimpa kecederaan hamstring bulan lalu juga kembali menjalani latihan.

Pochettino, yang mengambil alih pasukan itu susulan pemecatan Thomas Tuchel bulan lalu, mengintai trofi pertamanya sebagai pengurus, minggu ini.

Dia meraikan kemenangan pertamanya hujung minggu lalu yang menyaksikan Moise Kean, Mauro Icardi dan Pablo Sarabia mencetak gol untuk kemenangan berhaya 3-0 ke atas Brest dalam Ligue 1. 
 

About Author

Shaiful Shamsudin

Comment