Tidak perlu cakap tentang kesakitan saya! -- Mbappe

By Ammar Hakim 13 August 2020 253
Tidak perlu cakap tentang kesakitan saya! -- Mbappe
Kylian Mbappe mengucapkan terima kasih kepada staf perubatan Paris Saint-Germain (PSG) yang membantunya kembali cergas untuk mengambil bahagian ketika meraih kemenangan dalam aksi suku akhir Liga Juara-Juara (UCL) ke atas Atalanta.

Bercakap dua minggu lalu, ketua jurulatih PSG, Thomas Tuchel, berkata Mbappe memerlukan 'keajaiban' untuk pulih daripada kecederaan buku lali yang dialami 24 Julai lalu.

Tetapi pemain kebangsaan Perancis itu disenaraikan sebagai salah seorang pemain gantian dan telah memberikan impak buat juara Ligue 1 sewaktu mencipta kemenangan 2-1 di Lisbon.

Mbappe bergandingan bersama Neymar untuk membenarkan Eric Maxim Choupo-Moting meledak gol kemenangan pada minit ke-93, 149 saat selepas Marquinhos menafikan gol pembukaan Mario Pasalic.



Selepas membantu pasukannya meraih slot ke separuh akhir UCL buat pertama kali sejak 1995, pemain berusia 21 tahun itu memberikan pujian kepada staf pasukan.

"Anda tidak bercakap dengan saya tentang kesakitan," katanya menerusi Twitter. "Terima kasih buat staf perubatan pasukan kerana membantu saya kembali beraksi. Tiada sesiapa yang mempercayainya kecuali kami."

PSG bakal berdepan di antara RB Leipzig atau Atletico Madrid dalam separuh akhir di Estadio da Luz.
 

About Author

Ammar Hakim

Comment