Jose Mourinho mengisyaratkan dia bakal menurunkan Dele Alli dan Gareth Bale dalam skuad Tottenham yang sama dibarisi Harry Kane dan Son Heung-min.

Prospek empat penyerang bertaraf bintang dalam kesebelasan utama buat Spurs musim ini kelihatan sukar dilakukan pada separuh pertama usim ini.

Ketika Son dan Kane cemerlang, Alli dan Bale bergelut menemui sentuhan terbaik dan kehilangan tempat dalam skuad Mourinho sekaligus meningkatkan spekulasi mengenai masa depan mereka bersama pasukan.

Alli dan Bale kembali cemerlang dan keempat-empat pemain bersama Lucas Moura beraksi di atas padang Tottenham hampir bangkit ketika tewas dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) kepada West Ham minggu lalu.

"Anda dapat melihat ketika berdepan West Ham, bukan daripada permulaana permainan, tetapi pada baki 20 minit, kami menurunkan Bale, Lucas, Dele, Harry, Sonny.

"Kami tidak mengubah keputusan atau menjaringkan gol untuk menang, tetapi kami meninggalkan perlawanan tersebut dengan perkara yang positif.

"Mereka bermain dengan baik, interaksi antara pemain bagus, menghasilkan peluang. Kesemuanya, mereka berani berusaha mendapatkan jaringan.

"Apabila mereka berada di tahap terbaik, cergas dan apabila mereka bersedia untuk beraksi, bukan satu masalah untuk pemain bagus digandingkan bersama."


Alli merupakan bintang dalam pertembungan Khamis lalu, melibas bola untuk meledak gol sebelum menambah dua assist ketika Spurs mengatasi Wolfsberger 4-0 dalam aksi timbal balik pusingan 32.

Mourinho percaya pemain kebangsaan England itu menempuhi tempoh yang menguji kemampuannya dan berasakan prestasi pemain itu semakin baik dalam setiap perlawanan.

"Saya gembira dengannya. Tempoh sukar, kadang-kala kecederaan kecil yang terkumpulan akan menjadi lebih sukar berbanding satu kecederaan serius selepas beberapa minggu atau bulan selepas anda kembali beraksi.

"Kecederaan kecil mengganggu mental pemain, mereka kecewa, kurang motivasi. Dia telah melewati semua itu."