Ketua eksekutif Borussia Dortmund, Hans-Joachim Watzke, menegaskan 'tidak ada hubungan' dengan Manchester United mengenai Jadon Sancho.

Sancho, 20, telah dikaitkan dengan perpindahan menyertai gergasi Liga Perdana Inggeris (EPL), dengan persetujuan bernilai GBP108.5 juta sudah hampir dicapai.

Bagaimanapun, Watzke menafikan laporan tersebut, berkata tiada hubungan di antara kedua-dua kelab mengenai pemain kebangsaan England itu.

"Setakat ini, tiada hubungan antara Borussia Dortmund dan Manchester United mengenai Sancho," katanya.

"Tidak secara langsung atau melalui perantara yang dikatakan."

United dilaporkan bersedia untuk melepaskan perjanjian Sancho ketika keengganan mereka untuk memenuhi harga permintaan Dortmund.

Pengarah sukan Dortmund, Michael Zorc, menjangkakan Sancho akan kekal di kelab bagi musim 2020-21.

"Saya menjangkakan Jadon akan menyertai kem latihan Isnin ini dan bermain bersama kami musim depan."