Tersingkir daripada UCL, Juventus pecat Sarri

By Ammar Hakim 8 August 2020 1859
Tersingkir daripada UCL, Juventus pecat Sarri
Juventus telah mengesahkan Maurizio Sarri telah dipecat berikutan kegagalan pasukan melepasi pusingan 16 Liga Juara-Juara (UCL).

Keputusan itu telah dikeluarkan selepas Sarri dan Juve dikejutkan dengan penyingkiran daripada saingan UCL di tangan Lyon, tewas menerusi kelebihan jaringan di tempat lawan apabila perlawanan berkesudahan 2-2 secara agregat.

Gagal layak ke pusingan seterusnya menyaksikan bekas pengendali Napoli dan Chelsea itu kehilangan tugas di sebalik kejayaan memastikan kejuaraan Serie A kesembilan berturut-turut buat Juve.

"Kelab Bolasepak Juventus mengumumkan bahawa Maurizio Sarri telah dilepaskan sebagai jurulatih skuad utama," menurut kenyataan yang dikeluarkan kelab.

"Kelab mahu mengucapkan terima kasih kepada beliau selepas memahat satu lagi sejarah baru buat Juventus dengan kejayaaan meraih gelaran Serie A buat kali kesembilan berturut-turut."

Laporan di Itali mencadangkan Mauricio Pochettino -- tanpa sebarang tugas sejak dipecat oleh Tottenham November lalu -- menjadikan dirinya sebagai calon utama.

Pengendali Real Madrid, Zinedine Zidane, yang menikmati lima musim sebagai pemain bersama The Bianconeri, dan Simone Inzaghi, yang mengendalikan Lazio, turut dikaitkan kerusi panas di Juve.
 

About Author

Ammar Hakim

Comment