Cristiano Ronaldo mengucapkan terima kasih kepada "pemain-pemain, jurulatih dan pasukan lawan" selepas bintang Juventus itu meledak gol yang ke-750 dalam kariernya.

Ronaldo mencecah rekodi itu dengan jaringan mudah pada minit ke-57 ketika Juve meraih kemenangan 3-0 ke atas Dynamo Kiev dalam aksi Kumpulan G Liga Juara-Juara awal pagi tadi.

Ia merupakan yang ke-75 bersama Juve, pasukan yang disertai Ronaldo dari Real Madrid -- di mana telah meledak 450 gol -- pada 2018.

Pemain berusia 35 tahun itu, pemenang Ballon d'Or lima kali, mencapai bilangan tersebut di Real selepas 438 perlawanan, selepas berhijah dari Manchester United pada 2009.

Sepanjang enam tahun di Old Trafford, dia telah menjaringkan 118 gol bersama The Red Devils.



Ronaldo, yang baru-baru ini melepasi rekod 100 gol buat Portugal, menjadi pemain kedua mencapai bilangan itu selepas pemain Iran, Ali Daei, selesa selaku penjaring gol terbanyak Real, dengan berkelebihan 127 berbanding legenda Los Blancos, Raul.

"750 gol, 750 saat indah, 750 senyuman terukir di wajah penyokong," katanya.

"Terima kasih kepada semua pemain dan jurulatih yang membantu saya mencapai bilangan tersebut. Terima kasih kepada pesaing yang sentiasa memastikan saya terus bekerja keras setiap hari."