Ketua jurulatih Mexico, Gerardo Martino, berkata tempoh yang dilalui sewaktu mengendalikan Barcelona adalah yang terburuk dalam karier.

Martino menggantikan Tito Vilanova pada Julai 2013 selaku pengurus di Camp Nou dan menikmati permulaan positif, memenangi Piala Super Sepanyol menerusi jaringan tempat lawan menentang Atletico Madrid.

Barca memulakan kempen LaLiga dengan kemenangan 7-0 ke atas Levante sebelum memenangi aksi Clasico pertamanya setelah menewaskan Real Madrid 2-1 di laman sendiri pada Oktober.

Namun, musim itu berakhir kecewa selepas Atletico memintas Barca di puncak liga selepas mengikat mencatat keputusan seri 1-1 di Camp Nou pada hari terakhir saingan, serta tewas dalam final Copa del Rey di tangan Real, sebulan kemudian.

Martino, yang berundur selepas diikat Atletico, berkata dia cuba mendapatkan sentuhan terbaik dalam pasukan tetapi usaha untuk mengekalkan corak tradisi menyebabkan ia sukar.

"Berdasarkan keputusan yang diraih, ia bukanlah tahun yang buruk," katanya.

"Kami memenangi trofi dan mara ke final tetapi di Barca, jumlah piala dimenangi adalah perkara utama.

"Namun, saya katakan ia tempoh terburuk kerana sumbangan saya selaku jurulatih bermula dan berakhir dengan pengurusan pasukan.

"Terdapat isu dalam corak pengurusan saya dan bagi saya, aksi Clasico ketika kami menang 2-1 di laman sendiri menjadi kunci utama.

"Kami meledakkan gol kedua menerusi ruang kosong dan jika Barca menuju bahagian itu, ia disebabkan sesuatu tidak bagus.

"Namun, saya faham, jika kami mampu menambah sebarang perkara dalam pasukan, ia bukan untuk menafikan kemungkinan larian itu.

"Kelajuan sepatutnya membuatkan Barca lebih sempurna kerana ia mengatasi penguasaan lawan. Bagus untuk mara dan mundur. Ia diteruskan dalam tahun seterusnya, bersama Luis Enrique."