'Tanpa anda segalanya tiada makna', itu luahan Gianluigi Buffon kepada Iker Casillas yang mengambil keputusan untuk bersara daripada bola sepak.

wujud rasa saling menghormati antara penjaga gol veteran Juventus, dan legenda Real Madrid, Casillas, yang meraih reputasi sebagai antara dua penjaga gol terbaik generasi mereka.

Semalam, Casillas mengumumkan persaraannya daripada bola sepak, yang bermula dalam penampilan sulung bersama Real pada 1999 dan menyaksikan dia telah membuat 725 penampilan, meraih lima gelaran LaLiga dan tiga Liga Juara-Juara (UCL) sebelum berhijrah ke Porto pada 2015.

Buffon masih lagi beraksi ketika berusia 42 tahun, walaupun telah meninggalkan Juve semusim ke Paris Saint-Germain sebelum kembali tahun lalu sebagai pemain sokongan kepada Wojciech Szczesny.

Manakala Buffon tidak pernah merasai pengalaman bergelar pemenang UCL bersama Juve, dia dan Casillas telah memenangi Piala Dunia masing-masing bersama Itali dan Sepanyol.
Buffon memberi penghargaan kepada Casillas kerana menjadikan dirinya penjaga gol yang lebih baik.

"Mereka mengatakan bahawa persaingan menjadikan kami lebih baik daripada yang lain tetapi tidak menghadapi diri kita dengan sempurna," kata Buffon di Twitter.

"Mungkin usaha mengejar kesempurnaan menjadikan siapa diri kita yang sebenar.

"# Grac1as Iker, tanpamu, semuanya pasti kurang bermakna."