Sukan SEA Hanoi: Brad Maloney yakin kemampuan skuad B-19 

Oleh Shaiful Shamsudin 18 Januari 2021 85
Sukan SEA Hanoi: Brad Maloney yakin kemampuan skuad B-19 
10 tahun tanpa pingat emas Sukan SEA, Malaysia perlu bersabar untuk edisi kali ini?

Ia merujuk kepada keputusan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dan Majlis Sukan Negara (MSN) yang memilih skuad B-19 untuk diketengahkan dalam Sukan SEA Hanoi, Disember depan, tatkala pasukan lain hadir dengan kekuatan dan pengalaman skuad B-23.

Sudah pasti ramai yang merindui kemanisan untuk sekali lagi melihat skuad bola sepak negara membawa pulang ibu segala pingat temasya dwi-tahunan itu untuk edisi kali ini.

Harapan itu terpaksa diketepikan buat sementara selepas jurulatih yang bakal membawa skuad Sukan SEA 2021, Brad Maloney, menegaskan medan di Vietnam itu adalah ruang untuk pendedahan buat barisan anak buahnya yang memiliki sasaran lebih tinggi pada masa akan datang.

"Ia berbalik kepada objektif asal mereka, iaitu memberikan pendedahan. 

"Saya percaya mereka mampu mengharunginya dengan cukup baik. 

"Saya tidak pasti sama ada patut meletakkan jangkaan tinggi pada ketika ini tapi mereka sedang meniti laluan tepat (untuk berjaya).

"Kalau objektif diletakkan ke atas mereka adalah pingat emas sudah pasti ia agak mencabar bagi mereka. 

"Mereka dipersiapkan untuk menghadapi kejohanan B-22 pada masa depan seperti Kejohanan AFC dan kelayakan Sukan Olimpik,

"Bagi saya ini satu langkah initiatif yang bagus diterapkan FAM," katanya ketika duhubungi wakil Astro Arena, Fina Nasrom. 

 

Kejohanan #AFCU19 dibatalkan. Skuad #HarimauMalaya B-19 akan ke Sukan SEA Vietnam. Menurut laporan media, coach Brad...

Posted by Team Malaysia on Saturday, January 16, 2021



Bagaimanapun, ia tidak bermaksud Sukan SEA di pandang sebelah mata.

Jurulatih dari Australia itu tetap dengan hasrat menggunung untuk mencorak pasukannya dari awal agar kejutan mampu berlaku seperti mana yang dilakukan Datuk K Rajagobal di Laos pada 2009 apabila muncul juara dengan barisan pemain B-21.

"Saya yakin mereka mampu berikan saingan, mereka mampu menghasilkan keputusan yang baik.

"Objektif mereka ialah untuk jangka masa panjang."

Kontrak Maloney sebelum ini dilanjutkan sehingga Disember depan.

Tentang Penulis

Shaiful Shamsudin

Comment