Luis Suarez berbangga selepas dipertahankan oleh Lionel Messi berikutan perpindahannya ke Atletico Madrid dari Barcelona.

Suarez menyertai Atletico minggu ini selepas enam musim di Nou Camp.

Rakan karib dan bintang Barcelona, Messi, membidas gergasi Catalan semalam, berkata Suarez yang diusir sesuatu yang tidak mengejutkannya lagi.

Suarez, yang menang 13 trofi di Barca, berkata bangga di sebalik kata-kata Messi.

"Leo amat mengenali saya dan menyedari tahap keyakinan saya. Ia adalah sumber kebanggaan saya untuk meninggalkan legasi positif," katanya.

"Saya kini telah melangkah ke hadapan dan menyertai pasukan baru, ini adalah motivasi utama."


Suarez menjaringkan 21 gol dalam 36 perlawanan musim lalu, tetapi ketua jurulatih Barca, Ronald Koeman, tidak memiliki ruang dalam perancangan buat pemain Uruguay.

Penyerang itu menyertai sebuah lagi kelab utama Sepanyol menjadi motivasinya.

"Atleti memiliki barisan pemain berkualiti, sentiasa bersaing dan cuba untuk memberikan yang terbaik.

"Penyokong dan jurulatih [Diego Simeone] banyak memberikan motivasi juga."

Atletico memulakan musim 2020-21 di laman sendiri berdepan Granada esok.