Solskjaer kagum dengan Ibrahimovic

By Ammar Hakim 27 February 2021 859
Solskjaer kagum dengan Ibrahimovic
Ole Gunnar Solskjaer gembira dengan kepulangan Zlatan Ibrahimovic ke Old Trafford selepas mengagumi kebangkitan di penghujung kariernya.

Manchester United dan Milan diundi bertemu dalam aksi pusingan 16 Liga Europa (UEL) semalam, menjadikan pertembungan menarik dalam saingan tersebutl.

Mengalami kecederaan ligamen lutut yang serius pada April 2017, pada penghujung musim pertama bersama Manchester United, meningkatkan keraguan sama ada Ibrahimovic mampu bermain di peringkat tertinggi sekali lagi. Dia kembali cergas untuk beraksi dalam skuad utama sebelum berhijrah ke LA Galaxy, kelihatan sebagai perjalanan terakhir apabila beraksi di Amerika Syarikat.

Namun Ibrahimovic masih lagi bersedia meninggalkan bola sepak Eropah dan pada November 2019, dia kembali ke Milan buat kali kedua, yang melebihi jangkaan yang paling tinggi.

Ibrahimovic meledak 27 gol dalam 40 perlawanan setakat ini buat Rossoneri, termasuk 16 dalam 20 penampilan musim ini bagi membantu Milan mencabar takhta liga sekaligus menyaksikan pemain berusia 39 tahun itu meledak 500 gol dalam saingan kelab sepanjang kariernya.
 


Kelebihan Milan mencabar Scudetto akhirnya dipintas Inter, yang kini mendahului saingan Serie A, tetapi impak Ibrahimovic benar-benar meningkatkan prestasi pasukannya.

Pemain pinjaman United, Diogo Dalot, yang beraksi 19 perlawanan buat Milan musim ini, turut dijangka beraksi di Manchester 11 Mac ini selepas dibenarkan beraksi dalam perlawanan tersebut.

"Zlatan, semestinya, saya sangat mengaguminya," kata Solskjaer.

"Dia berdepan kecederaan hampir meragut karier ketika bersama United sebelum berhijrah ke MLS, kemudian kembali ke Milan dan meningkatkan mutu pasukan. Mereka kini bermain dengan cemerlang musim ini.

"Saya turut mengagumi aksi Diogo. Dia dipinjamkan untuk mendapatkan pengalaman dan telah banyak belajar. Dia telah banyak beraksi musim ini, kekal cergas dan berharap kami akan memberikan kesukaran kepadanya nanti!"

Ibrahimovic meledak 28 gol dalam 46 perlawanan bagi musim pertama di United, menambah satu lagi gol dalam tujuh perlawanan ketika berusaha untuk kembali ke tahap terbaik.

About Author

Ammar Hakim

Comment