Pengurus Manchester United, Ole Gunnar Solskjaer, mendedahkan pemain tengah, Scott McTominay, bermain dengan 'satu mata' dalam separuh masa pertama ketika meraih kemenangan Liga Juara-Juara (UCL) ke atas Paris Saint-Germain (PSG) selepas kehilangan kanta lekap.

McTominay turu dalam kesebelasan utama bersama Fred dan Bruno Fernandes di bahagian tengah dan menyerlah ketika UNited mengatasi finalis musim lalu, PSG, 2-1 dalam aksi pembukaan Kumpulan H, awal pagi tadi.

Ketika Paul Pogba, Nemanja Matic dan Donny van de Beek menyaksikan perlawanan daripada bangku simpanan dalam separuh masa pertama, McTominay cemerlang buat United, yang mendahului 1-0 hasil sepakan penalti yang disempurnakan oleh Fernandes pada minit ke-23.

Jaringan sendiri Anthony Martial pada minit ke-55 memberikan jaringan penyamaan buat PSG, tetapi Marcus Rashford, meledak gol kemenangan United ketika perlawanan berbaki tiga minit di Parc des Princes, di mana The Red Devils meraih kemenangan ke-10 berturut-turut di tempat lawan dalam semua pertandingan.



Solskjaer menjelaskan mengenai McTominay dengan berkata, "Scotty bermain dalam separuh masa pertama dengan satu mata, ia merupakan perkara paling mengagumkan, kerana dia kehilangan kanta lekapnya. Itu sangat mengagumkan."

Fernandes membuka jaringan dengan melengkapkan sepakan penalti yang ke-11 buat United. Sejak 2012-13, PSG telah dihukum lebih penalti (18) dan lebih banyak gol penalti (13) dalam saingan UCL berbanding pasukan lain.

Martial melakukan jaringan sendiri dalam separuh masa kedua untuk membenarkan PSG menyamakan kedudukan.

Tetapi Rashford melepaskan rembatan ketika perlawanan berbaki tiga minit sekaligus memastikan kemenangan buat United.

Tiga jaringan terakhir Rashford dalam saingan UCL terhasil ketika berkunjung ke tempat lawan, dua daripadanya terhasil di Parc des Princes.