Peminat Atletico Madrid mencemuh keputusan Diego Simeone untuk mengeluarkan Joao Felix ketika diikat Sevilla 2-2 tetapi pengurus itu menjelaskan dia diminta untuk berhati-hati dengan penyerang itu.

Semalam, Los Colchoneros terlepas peluang untuk mengatasi Sevilla dan menduduki tangga ketiga LaLiga tatkala mereka bergelut untuk menundukkan pelawat dalam babak pertama.

Sepakan penalti Alvaro Morata serta rembatan Joao Felix yang terkena lawan memadamkan jaringan pembukaan Luuk de Jong serta sepakan penalti Lucas Ocampos untuk memastikan satu mata diraih.

Tatkala Atletico memburu kemenangan di saat akhir, Felix dibawa keluar untuk memberi laluan kepada pemain sayap, Vitolo, pada minit ke-80 dan ia jelas mengundang kemarahan peminat.

Namun, Simeone menegaskan dia fikir tindakan itu perlu dilakukan.

"Kami tidak boleh memberitahu umum bahawa dia mengalami masalah di bahagian betis," ujar pengendali itu.

"Doktor meminta saya untuk berhati-hati dengan Felix kerana dia akan mengalami kekejangan, jadi sebab itu perubahan dilakukan.

"Jaringan yang dihailkan Felix pastinya membuatkan ramai gembira kerana dia daripada Atletico.

"Ia tampak seperti lebih adil," tambah Simeone.

"Saya jauh daripada aksi penalti pertama, begitu juga dengan percubaan kedua, jadi saya tidak boleh dapatkan kesimpulan.

"Saya tidka fikir faktor utama adalah VAR. Bagus buat semua pasukan bersaing dengan sasaran tinggi.

"Kami merupakan dua pasukan yang bersaing dengan baik dan terus berusaha sehingga penamat Liga Juara-Juara Eropah.


Pengurus Sevilla, Julen Lopetegui, jelas tidak teruja dengan penggunaan VAR, namun komunikasi sehingga membawa kepada keputusan akhir adalah faktor utama.

"Saya percaya VAR patut masuk campur apabila situasi melibatkan hitam dan putih," katanya.