Quique Setien memuji Antoine Griezmann setelah penyerang itu akhirnya kembali menemui sentuhan jaringan ketika melakar kemenangan 4-1 ke atas Villarreal dalam saingan LaLiga.

Griezmann menjaringkan gol pertamanya sejak Februari lalu sementara Luis Suarez dan Ansu Fati turut menemui jaringan sekaligus terus mengejar pendahulu liga, Real Madrid, yang berkelebihan empat mata.

Setien gembira dengan apa yang dipamerkan oleh Griezmann, golnya adalah yang ke-15 musim pertamanya di Barcelona.

"Dia berusahan meningkatkan kemampuan dirinya dengan sangat baik dan telah mendapatkan semula kepercayaan diri sendiri," kata ketua jurulatih Barcelona itu melalui AS.

"Saya sangat berpuas hati kerana saya berasakan dia menghasilkan jaringan yang sangat cantik, mengingatkan saya kepada usaha [Lionel] Messi di [Real] Betis."Setien turut memuji prestasi Barca walaupun hanya meraih dua kemenangan daripada lima perlawanan.

"Semua pasukan berbeza. Hari ini, kami sudah memiliki segalanya," katanya.

Setien berkata lagi, "Pasukan lain seperti Atletico [Madrid] atau Sevilla, lebih kuat dalam pertahanan mencipta lebih banyak masalah bagi kami.

"Kemenangan ini banyak membantu kami dalam kepercayaan pemain. Kami kini sedang berusaha untuk terus mengejar gelaran liga."

Sementara itu, terdapat lagi kontroversi dalam kemenangan Real Madrid ke atas Athletic Bilbao menerusi penalti Sergio Ramos menyaksikan skuad kendalian Zinedine Zidane itu memperoleh tiga mata.

Sepakan penalti diberikan melalui VAR dan Setien mengatakan sistem itu menjadi semakin membingungkan.

"Saya kini semakin kurang memahaminya [VAR]," katanya.