Antonio Conte percaya persaingan merebut gelaran Serie A sudah berakhir '95 peratus' selepas Inter meraih kemenangan 1-0 ke atas Hellas Verona semalam.

The Nerrazzuri tidak berada di tahap terbaik di San Siro, namun kemenangan ke-13 berturut-turut buat kali kedua dalam sejarah kelab hasil jaringan tunggal Matteo Darmian ketika perlawanan berbaki 14 minit.



Keputusan itu menyaksikan Inter mendahului 13 mata di puncak liga dengan berbaki lima perlawanan.

Conte tidak meragui mampu meraih Scudetto pertama sejak musim 2009-10, tetapi mengakui sesetengah pemainnya mula berasa tertekan dengan situasi itu.

"Bola semakin berat, ramai pemain tidak pernah berada dalam situasi ini dan tidak dinafikan beberapa pemain terkesan dengan perkara itu," kata Conte.

"Kami bermain baik ketika bertemu Napoli dan Spezia [mereka seri 1-1 kedua-dua perlawanan].


"Berjaya menang musim ini menjadikan pemain bola sepak kini bergelar seorang pemenang. Tidak terlupa bahawa pasukan lain banyak kehilangan mata. Kami sentiasa konsisten.

"Kadang-kadang kami bergelut, tetapi kami tetap maju ke hadapan."