Semangat hidupkan semula peluang Inter -- Conte

By Ammar Hakim 2 December 2020 152
Semangat hidupkan semula peluang Inter -- Conte
Antonio Conte memuji semangat Inter ketika mereka menghidupkan semula peluang untuk mara ke pusingan 16 Liga Juara-Juara dengan kemenangan 3-2 ke atas Borussia Monchengladbach.  

Inter mengetepikan kekecewaan daripada kegagalan memenangi empat perlawanan pertama Kumpulan B selepas mengatasi Gladbach, yang mampu memastikan mereka peringkat seterusnya dengan kemenangan di laman sendiri.

Matteo Darmian meletakkan kelab Serie A itu mendahului permainan dengan gol pertamanya buat kelab sebelum Alassane Plea mengikat jaringan menuju tamat separuh masa pertama.

Lukaku kemudian meledak dua gol untuk menjadikan kedudukan 3-1 sebelum gol kedua Plea terhasil 15 minit sebelum tamat permainan, Inter bertahan untuk memastikan mereka ke peringkat seterusnya dalam aksi terakhir peringkat kumpulan minggu hadapan.

Mereka mengatasi Shakhtar Donetsk dan berharap Gladbach menewaskan Real Madrid, yang tewas kali kedua musim ini kepada kelab Ukraine itu awal pagi tadi.

Inter cemerlang dalam usaha mendapatkan kemenangan, melakukan 15 percubaan sementara 10 daripada Gladbach, dan Conte mendedahkan perbincangan pasukan yang positif menjadi kunci kejayaan mereka.
 
"Gladbach berada di tahap terbaik, dalam saingan Bundesliga serta UCL," katanya lagi. 

"Jika pasukan anda tidak membawa taktikal, fizikal dan perwatakan yang betul, tidak mungkin mampu mendapatkan kemenangan.

"Kami berhak menang dan boleh mengelak daripada dihukum pasukan lawan. Kami mengatasi pendahulu kumpulan dan kekal dalam persaingan."
 

About Author

Ammar Hakim

Comment