Daniele De Rossi berkata bermain untuk Boca Juniors menunjukkan dirinya Argentina memiliki semangat bola sepak yang tidak mampu ditandingi Itali, menyifatkan stadium kelab, La Bombonera, 'tidak masuk akal dan menakjubkan'.

Pemain berusia 36 tahun itu, yang bersara daripada bola sepak Januari lalu, mendedahkan pengalamannya pada penghujung karier di Boca, yang disertainya secara percuma Julai 2019 apabila kontraknya bersama Roma telah berakhir.

Dia sekadar membuat lima penampilan bersama Boca dalam sebelum membatalkan kontraknya untuk kembali bersama keluarga di Itali untuk sambutan tahun baru, tetapi dia menjelaskan tidak menyesal dengan perpindahan itu.

"Saya memerlukan seluruh waktu kuarantin untuk menjelaskan emosi yang saya alami beraksi bersama Boca selama enam bulan itu," katanya.

"Ia sangat unik, mirip seperti Itali -- lebih daripada apa yang boleh kami fikirkan, mereka bersemangat terhadap setiap perkara, daripada makanan, muzik hinggalah bola sepak."

De Rossi menjaringkan gol dalam penampilan sulung bersama Boca, ketika 1-1 dan tewas menerusi penentuan penalti kepada Almagro dalam saingan Copa Argentina.