Saya kini pemain yang lebih lengkap -- Morata

By Ammar Hakim 25 November 2020 623
Saya kini pemain yang lebih lengkap -- Morata
Alvaro Morata percaya dia merupakan pemain 'yang lebih lengkap' sejak kembali ek Juventus, selepas menyamai rekod jaringan terbaik dalam saingan Liga Juara-Juara (UCL).

Morata meledak gol kelima saingan UCL musim ini, dengan tandukan pada masa kecederaan bagi memastikan kemenangan 2-1 buat Juve ke atas Ferencvaros, dan memastikan mereka mara ke pusingan 16 ketika saingan Kumpulan G berbaki dua perlawanan.



Pemain kebangsaan Sepanyol itu telah berada di tahap terbaik sejak berhijrah kembali ke Juve, di mana dia menikmati dua musim antara 2014 dan 2016, meledak 15 gol saingan Serie A dan melakukan 12 bantuan jaringan.

Pada 2014-15, penyerang itu meledak lima gol, rekod terbaiknya dalam pertandingan tersebut -- selepas Juve berjaya mara ke final UCL, di mana mereka ditewaskan Barcelona.
 
Selepas menyamai rekod tersebut dengan empat perlawanan, Morata, turut menggegar palang gol selepas hadir ke dalam perlawanan sebagai pemain gantian di Turin, mendakwa dia kini menjadi penyerang yang serba boleh.

"Tiada apa yang mengubah saya, saya telah katakan banyak kali, anda belajar sepanjang kerjaya anda. Saya adalah pemain yang lebih lengkap sekarang," katanya.

"Semasa saya berusia 22 tahun, Saya hanya memperhatikan ketika bola menghampiri saya, tetapi sekarang saya lebih fokus dan setiap bola boleh menjadi penentu."

Morata bukan satu-satunya pemain yang menyamai rekod berdepan Ferencvaros, Cristiano Ronaldo, yang meledak gol penyamaan pada minit ke-35 untuk menafikan jaringan pembukaan Myrto Uzuni, menyamai rekod 70 gol di tempat sendiri yang dipegang oleh Lionel Messi dalam saingan UCL.
 
 

About Author

Ammar Hakim

Comment