Jadon Sancho berkata dia 'gembira' untuk terus beraksi bersama Borussia Dortmund selepas pasukannya meraih kemenangan 6-0 dalam aksi persahabatan ke atas Rheindorf Altach awal pagi tadi.

Pengarah sukan Dortmund, Michael Zorc, mengisytiharkan minggu ini bahawa pemain sasaran Manchester United, Sancho akan kekal di kelab Jerman itu bagi musim 2020-21.

Pemain kebangsaan England berusia tahun itu merupakan sebahagian daripada kem latihan BVBdi Switzerland dan beraksi selama 45 minit berdepan kelab Austria, Altach dalam aksi pra-musim pertama mereka.

Lucien Favre menurunkan rata-rata pemain baru di Stadion Schnabelholz dan Sancho, yang memasuki musim keempat di peringkat senior, menikmati beraksi bersama bakat-bakat baru pasukan.

"Saya gemar beraksi bersama mereka," katanya. "Pasukan memiliki barisan pemain muda yang meningkat naik. Saya sangat gembira berkongsi padang bersama mereka dan mahu memimpin mereka.

"Saya sebelum ini berada di tempat mereka, beraksi dengan pemain senior. Saya sangat gembira untuk mereka."