Rennes tolak perpindahan Camavinga ke Real Madrid

By Nafis Abdullah 31 May 2020 154
Rennes tolak perpindahan Camavinga ke Real Madrid
Presiden Rennes, Nicolas Holveck, menolak perpindahan Eduardo Camavinga pada akhir musim ini selepas pemain tengah itu dikaitkan dengan Real Madrid.

Real dilaporkan berminat dengan pemain berusia 17 tahun itu tatkala gergasi LaLiga itu mula mencari pengganti buat Casemiro.

Namun, Holveck berkata Camavinga -- yang memiliki kontrak sehingga Julai 2022 --- akan kekal di Rennes sekurang-kurangnya semusim lagi.

"Untuk Camavinga, perancangan akan diteruskan dengan perkembangan di Rennais," katanya.

"Musim depan bakal menjadi tempoh penting untuknya."

Holveck juga menambah: "Secara jujur, musim depan sememangnya satu perancangan fokusuntuk Camavinga."

Camavinga telah mencatat 36 penampilan dalam semua kejohanan musim ini bersama Rennes dan meledakkan satu gol.
 

About Author

Nafis Abdullah

Comment