Ejen Achraf Hakimi telah menafikan laporan mengenai pertahanan pinjaman Borussia Dortmund telah melanjutkan kontrak bersama Real Madrid sehingga 2023.

Pemain kebangsaan Maghribi itu telah memasuki tahun kedua pinjamannya di Dortmund dan telah menyinar sepanjang beraksi dalam Bundesliga, terutama sekali musim ini.

Achraf telah menjaringkan tiga gol dalam mencetak 10 bantuan jaringan dalam 25 perlawanan Bundesliga musim ini, menjadikan dirinya sebagai salah seorang pemain yang kreatif walaupun beroperasi sebagai pertahanan.

Sebelum menyertai Dortmund secara pinjaman, Achraf telah membuat sembilan penampilan dalam saingan LaLiga bersama Real bagi musim 2017-18 dan telah mula menunjukkan kemampuannya.
Berdasarkan aksi yang telah dipamerkan di Jerman telah mula menarik pertahanan banyak kelab, termasuk Juventus dan Bayern Munich namun terdapat laporan palsu dari Sepanyol menjelaskan Real telah melanjutkan kontrak pemain itu sehingga 2023.

"Ia adalah laporan yang tidak berasas," jelas ejen Achraf, Alejandro Camano. "Kontraknya di Real masih lagi sama, akan berakhir pada 2022.

"Kami perlu menunggu, selepas berakhirnya pandemik koronavirus. Kami akan berbincang dengan Real dan Dortmund."