Ketua jurulatih baru skuad kebangsaan Brunei, Datuk K. Rajagobal, berharap dapat bertemu barisan pemain ketika kem latihan yang telah bermula sejak dua hari yang lalu.

Tugasan baru buat bekas jurulatih skuad negara itu sudah pun bermula, dia telah pun tiba di Brunei Darussalam dua hari lalu dan kini sedang menjalani proses kuarantin.

Ketika ini, skuad kebangsaan Brunei sedang menjalani kem latihan kebangsaan bermula 15 hingga 26 Januari di mana Rajagobal mengharapkan, dia berpeluang untuk bertemu skuad barunya buat pertama kali.

Rajagobal perlu memastikan Brunei layak beraksi dalam pusingan akhir Piala AFF yang akan berlangsung Disember ini di mana aksi kelayakan akan bermula pada bulan Ogos.

"Saya ingin bertemu staf kejurulatihan Brunei dan saya sangat teruja untuk bertemu pemain dan menyaksikan mereka beraksi," katanya.