Rajagobal ada resipi pastikan peningkatan Brunei

By Muzaffar Musa 1 December 2020 788
Rajagobal ada resipi pastikan peningkatan Brunei
Ketua jurulatih baru skuad kebangsaan Brunei, Datuk K. Rajagobal, diberikan tanggungjawab untuk memperbaiki ranking dunia pasukan itu selain memastikan skuad Tebuan berkenaan layak ke saingan utama Piala Suzuki AFF 2021.

Bekas pengendali skuad kebangsaan itu sah mengikat kontrak selama tiga tahun bersama Persatuan Bolasepak Brunei (NFABD) semalam.

Menerusi satu temu bual bersama wartawan Nadi Arena, Fina Nasrom, Rajagobal menganggap pelantikan itu sebagai satu penghormatan buatnya selepas tujuh tahun meninggalkan skuad kebangsaan.

"Ini adalah satu penghormatan dan peluang untuk saya kembali ke arena bola sepak antarabangsa.

"Memang saya perlu berterima kasih kepada NFABD kerana memberikan kepercayaan kepada saya sebagai jurulatih dan saya dapat kembali ke tahap dan suasana yang saya sudah biasa di peringkat antarabangsa seperti sebelum ini -- ia satu cabaran buat saya.
 
"Mungkin saya perlu tukar sedikit resipi saya. Bukan selalu kita boleh mengikut resipi lama kerana akan sentiasa ada perubahan.

"Saya perlu melihat apa resipi yang boleh digunakan untuk meningkatkan permainan pemain Brunei.

"Saya yakin bahawa pemain sedar dan sudah mendengar berita bahawa saya akan ke sana, jadi saya mahu mereka memberikan kerjasama, bekerja keras dan yakin kami mampu melakukan sesuatu.

"Sudah pasti seluruh rakyat Brunei sudah lama menantikan untuk melihat pasukan kebangsaan mereka ada peningkatan walaupun bukan peningkatan yang drastik," katanya.
 

About Author

Muzaffar Musa

Comment