Radja Nainggolan berkata 'pintu masih terbuka' untuk kembali ke Roma selepas dia mendedahkan kekecewaan meninggalkan Inter.

Bekas pemain kebangsaan Belgium, Nainggolan, menyertai Roma dari Cagliari pada 2014, menempah nama selaku pemain yang menyerlah pasukan sebelum berhijrah pada 2018.

Pemain berusia 31 itu kembali ke Cagliari secara pinjaman selepas diketepikan daripada skuad utama di San Siro dan masa depannya bersama bekas kelabnya itu turut mula menarik perhatian.

"Saya mahu kembali ke Roma. Jika kami mencapai persetujuan, saya mahu kembali," kata Nainggolan. "Pintu sentiasa terbuka.

"Saya menikmati setiap saat beraksi di sana, di mana saya berikan segala kudrat kepada pasukan."
Walaupun menyertai Inter hampir dua tahun yang lalu, Nainggolan menjelaskan sukar untuk meninggalkan Roma.

Jurulatih, Luciano Spalletti, dipecat Mei 2019, dan pemain tengah itu diketepikan daripada perancangan Antonio Conte.

"Ia merupakan pilihan saya menyertai Inter. Mereka dibimbing oleh Spalletti, jurulatih yang saya rapat ketika di Roma. Pilihan saya sangat mudah. Spalletti merupakan jurulatih terbaik bagi saya.

"Tetapi jika anda bertanyakan sama ada saya gembira tiba di Inter atau sedih meninggalkan Roma, sukar untuk menjelaskannya.

"Mungkin saya tidak menjadi diri sendiri, mungkin terdapat rasa bersalah dalam diri ini atau mungkin sesuatu yang lain. Sukar untuk jelaskannya, saya harus berikan lebih lagi.

"Kemudian Inter tidak lagi mahukan saya, walaupun mengikut pasukan ke China bagi pramusim. Saya mengetahui tidak akan terlibat dalam aksi persahatan."