Piala AFF: Edisi 2020 diadakan April tahun depan 

By Shaiful Shamsudin 25 September 2020 104
Piala AFF: Edisi 2020 diadakan April tahun depan 
Persekutuan Bolasepak ASEAN (AFF) mengumumkan Piala AFF 2020 akan diadakan pada 11 April hingga 8 Mei depan, demikian persekutan itu mengesahkan. 

Berikutan ancaman krisis COVID-19, edisi pada hujung tahun ini ditunda ke tarikh baru seperti yang diumumkan persekutuan itu hari ini dengan hasrat mengadakannya dengan format penuh menerusi pembabitan 10 pasukan yang dibahagikan kepada dua kumpulan. 

Jawatankuasa Petugas Piala AFF, bagaimanapun, tetap akan memantau rapi perkembangan pandemik itu bagi memastikan keselamatan dan kesihatan pemain, jurulatih, penaja, peminat dan masyakat. 

"Kami gembira dengan sokongan positif yang kami diterima daripada ahli gabungan dan kami mengenal pasti tarikh sesuai untuk mengadakan kejohanan yang paling dinantikan-nantikan ini tahun depan.

"Walaupun kita sedia maklum bahawa usaha memerangi pandemik global ini belum berakhir, kami optimis Piala Suzuki AFF 2020 akan dapat dilangsungkan dengan format penuh kerana kami berharap dapat menghasilkan yang terbaik daripada ASEAN menerusi kejohanan tahun depan," kata Presiden AFF, Mejar Jeneral Khiev Sameth.
 

AFF Suzuki Cup 2020 to be held from 11 April to 8 May in 2021 https://www.aseanfootball.org/v3/aff-suzuki-cup-2020-to-be-held-from-11-april-to-8-may-in-2021/

Posted by Asean Football Federation on Friday, September 25, 2020

 

About Author

Shaiful Shamsudin

Comment