Bekas penjaga gol skuad Piala Presiden Sabah, Tekson Tubeng, akan beraksi dengan kelab Liga Super Brunei, Indera SC, musim depan.

Pasukan itu merupakan satu-satunya kelab dari Brunei yang mempunyai lesen kelab AFC, sekali gus membolehkan mereka beraksi dalam Piala AFC tahun depan selepas menduduki tempat keempat liga musim lalu.

Penjaga gol dari Keningau berusia 23 tahun itu pernah beraksi bersama skuad muda Sabah pada 2016 dan 2017, termasuk membawa cabaran Sabah di Sukan Malaysia (SUKMA) 2016.

Tekson sebelum ini turut membuktikan dia masih antara yang terbaik apabila menjuarai Piala Liga KDM Malaysia bersama KDM Telupid, malah turut dinobatkan sebagai penjaga gol terbaik kejohanan itu.