Ketika umat Islam akan menyambut kedatangan 1 Syawal dengan penuh ceria hujung minggu ini, sesetengah individu bagaimanapun ditimpa nasib berbeza.

Pemain daripada dua pasukan Liga Malaysia, Kedah dan Kelantan nampaknya terpaksa berduka untuk sambut Aidilfitri dek kerana masalah tunggakan gaji.

Peletakan jawatan itu juga secara tidak langsung menyaksikan syarikat After Image Sdn Bhd sebagai pihak berkepentingan terbesar dalam Team The Red Warrior (TRW) Sdn Bhd turut menarik diri sebagai rakan kongsi rasmi pasukan.

Ini penjelasan bekas pengarah urusan Team TRW, Datuk Wan Rakemi Wan Zahari, berhubung perkara berkenaan ketika tindakannya itu dianggap lepas tangan oleh segelintir penyokong TRW.

"Saya tidak lepas tangan, saya bertugas bersama Team TRW dah menyelesaikan banyak hutang sebelum dan membantu KAFA sehingga dapat beraksi tahun ini," katanya.

Selain perlu menyelesaikan tunggakan gaji Casio Francisco De Jesus yang berjumlah lebih RM500,000, Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA) juga dihimpit 'bala' tuntutan hutang daripada bekas kapten Kelantan, Badhri Radzi.

Sementara di Utara tanahair, difahamkan pemain dan pegawai pasukan Kedah masih belum menerima pembayaran gaji penuh sejak Februari lalu.

Dan kini situasi bertambah sukar apabila Asmirul Anuar Aris mengesahkan peletakan jawatannya sebagai Setiausaha Kehormat Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) berkuat kuasa Selasa lalu.

"Bersama KFA memberikan pengalaman yang bermakna buat saya dan pengurusan sebelum ini telah menyelesaikan isu gaji yang terdahulu," kata Amirul.

Terdahulu, Asmirul mengumumkan Kerajaan Negeri sebelum ini sudah meluluskan peruntukkan sebanyak RM1.5 juta untuk membayar tunggakan gaji mereka.

Namun, sehingga kini difahamkan ia masih belum disalurkan kepada pemain dan pegawai skuad Lang Merah sekali gus bakal menjadikan sambutan Aidilfitri paling suram tahun ini.

"Saya dan rakan sepasukan terasa dengan apa yang berlaku. Kami kini menggunakan wang simpanan bagi menampung bebanan yang telah berlaku. Buat masa ini, kami hanya dapat menunggu khabar angin dan isu gaji ini dapat diselesaikan," kata pemain Kedah, Azmeer Yusoff.