Neymar nikmati saat terbaik bersama PSG

By Ammar Hakim 5 August 2020 137
Neymar nikmati saat terbaik bersama PSG
Neymar percaya dia menikmati prestasi terbaik sejak menyertai juara Ligue 1, Paris Saint-Germain.

Selepas menyempurnakan perpindahan dari Barcelona dengan rekod termahal dunia sebanyak EURO222 juta pada 2017, Neymar telah memenangi sembilan gelaran dan meledak 74 gol dalam 85 penampilan.

Neymar -– berulang kali dikaitkan dengan perpindahan kembali menyertai gergasi LaLiga, Barca –- selepas meraikan kejayaan menjuarai Ligue 1, Coupe de France, Coupe de la Ligue dan Trophee des Champions bagi musim 2019-20 sementara PSG meletakkan sasaran untuk menjuarai Liga Juara-Juara (UCL) musim ini.

"Tiga tahun bersama pasukan ini memberikan banyak pengalaman dan pengetahuan. Saya menikmati setiap saat bersama pasukan dan mengharungi beberapa saat yang rumit. Terutama sekali ketika saya direhatkan ekoran kecederaan," kata Neymar
 
 
"Dengan bantuan rakan sepasukan, saya berjaya menghasilkan permainan terbaik dan diterjemahkan di atas padang dan terhasilnya kejuaraan buat pasukan.

"Penyokong pasukan dan kelab dan melihat pasukan ini mampu menghasilkan kejayaan.

"Saya percaya saya menikmati kehidupan terbak di Paris. Kami membantu pasukan ini menjadi sesuatu yang lebih baik untuk mencapai sasaran yang lebih tinggi.

"Kami meletakkan UCL sebagai sasaran seterusnya. Kami akan terus berusaha kerana kami semakin menghampirinya."

Bagi musim 2019-20, Neymar meledak 13 gol dalam saingan Ligue 1 dan 19 dalam semua saingan bersama PSG.
 

About Author

Ammar Hakim

Comment