Pedro Neto akan terlepas baki saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) bersama Wolves musim ini dengan pembedahan lutut yang perlu dijalaninya turut menyaksikan penyertaan penyerang Portugal itu dalam Euro 2020 menjadi tanda tanya.

Neto terpaksa dikeluarkan ketika Wolves menewaskan Fulham 1-0 Jumaat lalu dan menjalani rawatan bersama pakar di London bagi menilai tahap kecederaan di lututnya.

Pemain sayap berusia 21 tahun itu perlu menjalani pembedahan, yang dirancang akan dijalankan pada minggu ini, sekali gus menamatkan kempennya bersama skuad kendalian Nuno Esprito Santo itu lebih awal .

Dia telah menjaringkan lima gol selain melakukan enam bantuan jaringan sepanjang 31 penampilan dalam EPL musim ini dan sentisa menjadi pilihan untuk mengisi kesebelasan utama Wolves.

Neto melakukan penampilan antarabangsa pertamanya bersama portugal musim ini, di mana dia turut menjaringkan gol pertamanya ketika menentang Andorra pada November lalu sebelum turut diturunkan ketika menentang Azerbaijan dan Luxembourg dalam pusingan kelayakan Piala Dunia bulan lalu.

Portugal akan memulakan kempen Euro 2020 mereka dengan menentang Hungary pada 15 Jun depan tetapi pasukan juara bertahan itu akan turut berdepan saingan Perancis dan Jerman di peringkat kumpulan.