Jose Mourinho sudah merancang prospek perpindahannya dalam jendela perpindahan pertamanya di Roma.

Kurang sebulan selepas dipecat Totteham, Mourinho diumumkan akan menggantikan Paulo Fonseca sebaik perjuangan musim ini selesai.

Pengurus Portugis itu dilaporkan berminat membawa masuk pemain yang sinonim dengannya ke Serie A dengan beralih ke tonggak Liga Perdana Inggeris (EPL).

Duo Manchester United, Nemanja Matic dan David de Gea, antara pemain di Old Trafford yang dalam senarai pemain yang dihajatinya, menurut Daily Mirror dan Todofichajes.

Menurut Corriere dello Sport pula, Mourinho turut mengidamkan sentuhan pemain Tottenham, Eric Dier dan Pierre-Emile Hojbjerg, sekiranya berpeluang.

Football London turut mengaitkan Erik Lamela dan Lucas Moura dengan kemungkinan beralih angin ke Roma menjelang musim 2021-22.