Bintang Barcelona dan Argentina, Lionel Messi, bukan lagi satu fenomena di atas padang tatkala Hugo Gatti mengkritik pemenang enam kali Ballo d'Or itu.

Messi meledakkan empat gol ketika menang 5-0 ke atas Eibar ulan lalu tetapi kapten Barca itu gagal menemui jaringan dalam enam daripada tujuh aksi terakhir.

Penggempur berusia 32 tahun itu juga bergelut untuk mencetuskan impak dalam pertemuan El Clasico, menyaksikan pasukannya tewas 2-0 di tangan Real Madrid dan membuatkan bekas penjaga gol Argentina, Gatti, mengkritiknya.

"Saya tidak kisah jika mereka mengkritik saya di Argentina," katanya.

"Saya cintakan negara dan Messi seorang yang hebat tetapi kini dia bukan lagi satu fenomena.

"Mereka salah memberikan layanan kepadanya dan sentiasa menyediakan apa sahaja untuknya. Dia sudah terbiasa dan akhirnya berjalan di atas padang. Dia perlu lebih bagus.

"Cristiano Ronaldo merupakan dua yang terbaik. Messi perlu lebih bagus selepas sentiasa hadir dengan rentak permainan sama, berjalan dan sesiapa yang tahu tentang bola sepak juga memikirkan perkara sama.

"Anda perlu beraksi dengan baik. Apabila ada nama Messi, ia hampir sama dengan Maradona dan Pele. Rakan sepasukannya sentiasa menghantar bola untuk dia pastikan pasukannya menang.

"Mereka merencatkan pasukan dan tidak mempertaruhkan segalanya. Pasukan sudah terbiasa memberikannya bola dan bukan orang lain."