Juan Mata memuji Donny van de Beek atas assist 'bijak' ketika Manchester United menang ke atas Brighton and Hove Albion dan menyatakan gemar bergandingan bersama rakan sepasukan barunya itu.

Van de Beek, berhijrah dari Ajax awal bulan ini, melakukan flik ke belakang untuk jaringan United yang kedua yang disempurnakan oleh Mata dalam aksi pusingan 16 Piala EFL awal pagi tadi.

Mata, yang melakukan bantuan jaringan buat jaringan pembukaan disempurnakan oleh Scott McTominay di Stadium Amex , kini telah terlibat dalam 13 jaringan daripada 15 kali turun dalam kesebelasan utama kelab.

Pemain kelahiran Sepanyol itu diangkat sebagai pemain terbaik perlawanan namun segera memuji Van de Beek ketika membantu United menang dalam perlawanan ini.

"Ia merupakan hantaran yang bijak. Dia seorang pemain yang bijak," kata Mata kepada Sky Sports. "Saya gemar beraksi bersamanya kerana dia mampu mencari ruang.


"Dia memahami bola sepak dengan cara yang saya gemari, di mana kami dapat melakukan gerakan satu-dua, hantar dan bergerak, dan jaringan mudah dapat dihasilkan."

United bernasib baik meraih kemenangan 3-2 dalam aksi Liga Perdana Inggeris empat hari yang lalu, tetapi kami kali ini terhasil dengan lebih baik, Paul Pogba yang hadir sebagai pemain gantian melengkapkan kemenangan menerusi sepakan percuma.