Andre Villas-Boas digantung oleh Marseille selepas kelab tersebut mendakwa kenyataan pengurus itu boleh membawa kerosakan serius terhadap reputasi mereka.

Bekas pengendali Chelsea dan Tottenham itu telah menawarkan diri untuk mengundurkan diri kerana kecewa dengan tindakan kelab itu menandatangani pemain bukan pilihannya, Olivier Ntcham.

"Saya mengemukakan peletakan jawatan dan menyatakan bahawa saya tidak bersetuju dengan dasar sukan (kelab ini). Saya tidak mahu apa-apa daripada OM. Saya tidak mahu wang," katanya dalam sidang akhbar.

"Saya sedang menunggu jawapannya, jawapannya mungkin adalah tidak dan kemudian kami akan meneruskan hala tuju. Saya tidak mahukan wang, saya hanya mahu pergi."

Villas-Boas mendedahkan bahawa dia hanya mengetahui kesepakatan dengan bekas pemain tengah Celtic itu ketika membaca akhbar pada pagi semalam dan menambah: "Dia merupakan pemain yang saya akan katakan tidak. Dia tiada dalam senarai kami."

Ulasan keras sedemikian mengundang kemarahan ahli lembaga Marseille yang berhasrat mengenakan disiplin selain berkemungkinan memecat Villas-Boas. '

Pengurus Portugis itu telah menyatakan bahawa dia tidak akan memanjangkan kontraknya yang akan berakhir hujung musim ini.

"Olympique de Marseille mengumumkan prosiding tatatertib bahawa Andre Villas-Boas masih belum selesai," kata kelab itu dalam satu kenyataan.

"Keputusan ini tidak dapat dielakkan memandangkan tindakan dan sikapnya baru-baru ini selain berulang kali melukai Olympique de Marseille dan barisan petugasnnya yang mengabdikan diri setiap hari.

"Ucapan yang dibuat oleh seorang pengurus ternama mengenai Pablo Longoria (pengarah kesukanan kelab) dalam sidang media hari ini adalah sesuatu yang sukar diterima.

"Pencapaian luar biasanya tidak boleh dipersoalkan tetapi tindakannya jauh meleset tatkala semua pihak terjejas dalam jendela perpindahan musim sejuk ini berikutan krisis (COVID-19) yang belum pernah terjadi ini. Kemungkinan sekatan boleh diambil terhadap Andre Villas-Boas selepas proses disiplin dijalankan."