Penyerang Inter Milan, Romelu Lukaku, mengecam tindakan penganjur saingan Serie A yang tetap meneruskan liga sehingga seorang pemain didapati positif ujian coronavirus.

Saingan Serie A 2019-20 ditunda susulan wabak COVID-19, di mana ia telah membunuh lebih 53,100 nyawa.

Pertahanan Juventus, Daniele Rugani, disenaraikan sebagai pemain pertama Serie A yang dijangkiti selepas kemenangan 2-0 ke atas Inter dalam aksi stadium tertutup, 8 Mac lalu.

Tatkala Itali teruk dilanda wabak itu sehingga meragut lebih 13,910 nyawa, Lukaku mempersoalkan mengapa saingan liga tidak ditangguhkan lebih awal.

"Kesihatan lebih penting. Mengapa kami perlu bermain ketika ada nyawa yag terancam?" katanya.

"Mengapa ia hanya dilakukan selepas seorang pemain didapati positif? Ia tidak normal.

"Saya harus mengakui bahawa saya rindukan bola sepak tetapi ketika ini, apa yang paling penting adalah kesihatan. Perkara lain bukan keutamaan."

Lukaku menambah: "Apa yang saya sangat rindukan adalah bersaing dengan lawan, beraksi dalam stadium yang penuh dan menerima sokongan peminat.

"Saya menggunakan tempoh ini untuk mengenal pasti prestasi dan secara umum, apa yang telah saya lalui sepanjang enam bulan sebelum ini. Anda harus sentiasa tentang bola sepak."