Mungkinkah Luis Suarez kembali ke Liverpool, di mana dia menghabiskan tiga musim setengah dari 2011 hingga 2014?

Penyerang Uruguay itu telah menjadi watak penting dalam saingan LaLiga bersama Atletico Madrid musim ini, dengan 19 gol liga.

The Reds dilaporkan berminat untuk meningkatkan pilihan penyerang mereka, dengan Suarez turut tersenarai.

REDS BERSIAP BUAT TAWARAN UNTUK SUAREZ

Liverpool tertarik mendapatkan semula Suarez dan sedang mempersiapkan tawaran untuk penyerang Atletico Madrid itu, menurut Fichajes.

Pengendali Reds, Jurgen Klopp, dilaporkan mahu menambah pengalaman dalam jentera serangan dan pemain berusia 34 tahun itu amat bersesuaian dengan pilihan Klopp.

Suarez telah menjaringkan 82 gol dalam 133 penampilan buat Reds sebelum berhijrah ke Barcelona.
- Media Sepanyol, Cope mendakwa Real Madrid tidak memikirkan perpindahan bintang Juventus, Cristiano Ronaldo, walaupun terdapat spekulasi mengenai kepulangan. Laporan itu mengatakan bahawa Madrid lebih fokus pada masa depan dan bukannya pemain veteran yang kerjayanya akan berakhir.

- Barcelona merancang untuk melepaskan Antoine Griezmann dan Philippe Coutinho di luar musim ini kerana masalah kewangan mereka, yang membolehkan mereka mengekalkan bakat muda Pedri, Ilaix Moriba dan Ansu Fati, menurut El Confidencial.

- Mengenai topik Barcelona, Sport mendakwa Catalans telah menyetujui pendaftaran Georginio Wijnaldum dari Liverpool dan Memphis Depay dari Lyon dan sedang menunggu pengesahan daripada pihak atasan yang baru.