Jurgen Klopp gembira di sebalik kemenangan 3-0 ke atas Leicester City awal pagi tadi.

Masalah dihadapi Liverpool kelihatan jelas dan ia bertambah buruk ketika saingan perlawanan antarabangsa apabila Joe Gomez, Jordan Henderson dan Mohamed Salah menambah beban senarai kecederaan serta masalah kesihatan.

Mereka dijangka berdepan tekanan ketika berdepan Leicester City selepas mereka telah menang empat perlawanan di tempat lawan dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini.

Namun Liverpool kekal dominan dengan kemenangan dan berkongsi mata dengan pendahulu liga, Tottenham dengan 20 mata.

Jaringan sendiri Jonny Evans digandakan oleh Diogo Jota -- yang menjadi pemain pertama Liverpool untuk menghasilkan jaringan dalam empat perlawanan pertama di Anfield -- dan Roberto Firmino melengkapkan kemenangan pasukan.



"Kami berhak menang, 100 peratus.

"Mereka bermain berdepan lawan yang sukar dan berjaya memastikan kemenangan.

"Mereka di tahap terbaik dan Leicester telah bertahan dengan cara mereka dan ia memberikan cabaran buat kami.

"Pasukan telah menggunakan peluang sebaik mungkin dan berhak untuk menambah lagi bilangan jaringan. Ia adalah petanda positif buat kami menghadapi perlawanan utama."