ARGENTINA 1 PARAGUAY 1

Lionel Scaloni menuntut ketekalan dalam pelaksanaan video bantu pengadil (VAR) selepas Argentina dinafikan kemenangan ke atas Paraguay.


Nicolas Gonzalez membatalkan sepakan penalti Angel Romero dalam pertembungan di La Bombonera, sebentar tadi, sementara Argentina menganggap mereka seharusnya meraih kemenangan ketiga berturut-turut untuk membuka kelayakan Piala Dunia dengan selesa yang menyaksikan Lionel Messi menyumbang gol kemenangan itu dalam babak kedua.

Begitupun, gol itu dibatalkan selepas diteliti menerusi VAR kerana Albiceleste dikesan terlebih dahulu melakukan kekasaran ketika membentuk serangan tersebut.

Lantaran itu, skuad kendalian Scaloni berkenaan terpaksa berpuas hati untuk mengumpul tujuh mata daripada tiga perlawanan kelayakan zon Amerika Selatan (COMNEBOL) tersebut.

Selepas berputih mata, Argentina menggesa ketekalan VAR selepas kemenangan pasukannya diragut.

"Saya berpendapat adanya keperluan untuk membincangkan isu VAR," katanya dalam sidang media melalui Twitter Argentina.

"Saya tidak mengutarakannya dengan niat baik atau buruk tetapi ia demi menyatukan kriteria (dalam VAR)."

Selepas permulaan lembab, juara dunia dua kali itu mula mendominasi permainan susulan gol pembukaan Romero dari titik enam ela gawang Paraguay.



Argentina hanya mencatat dua kemenangan daripada lapan perlawanan bertemu Paraguay di peringkat kelayakan, justeru bekas bintang Lazio itu berpuas hati dengan prestasi pasukannya biarpun sekadar memungut satu mata di Buenos Aires sambil mengatakan mereka menguasai perlawanan dalam jangka masa panjang.

"Pada 15 minit pertama, pasukan tidak beraksi dengan baik. Selepas sepakan penalti itu, perlawanan mula menjadi milik kami," katanya.

"Kami berjuang, menciptakan peluang dan melaksanakan apa yang patut dilakukan. Kami sekadar seri."

Tambah "Kami keluar dengan kepuasan memandangkan Argentina telah mengerahkan segalanya untuk menang.

"Dalam separuh masa kedua, kami menekan lawan di kawasan mereka sendiri. Kami juga harus menghargai sikap pasukan yang tetap percaya bahawa mereka mampu mencapai kemenangan."

Argentina akan meneruskan kempen kelayakan dengan bertandang ke Lima untuk menghadapi Peru, Rabu depan.