Korea Utara sah menarik diri daripada pusingan kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023, demikian diumumkan Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) hari ini.

Difahamkan, kebimbangan peningkatan kes COVID-19 menjadi penyebab utama penarikan diri pasukan itu.

Terdahulu, Korea Utara turut mengumumkan tidak akan menyertai Sukan Olimpik Tokyo, Julai depan kerana alasan sama.

Pasukan itu menduduki tangga keempat Kumpulan H di belakang Lubnan, Korea Utara dan pendahulu kumpulan, Turkmenistan.

AFC berkata perkara itu akan dirujuk kepada Jawatankuasa Pengelola Kejohanan FIFA dan perkembangan lanjut mengenai kedudukan Kumpulan H itu akan diumumkan dari semasa ke semasa.

Baki perlawanan Kumpulan H akan berlangsung di Korea Selatan dari hujung bulan ini sehingga pertengahan bulan depan.