Kelayakan Piala Dunia: Format gelembung sukan jadi pilihan 

By Shaiful Shamsudin 18 January 2021 431
Kelayakan Piala Dunia: Format gelembung sukan jadi pilihan 
Setiausaha Agung Konfederasi Bolasepak Asia (AFC), Datuk Windsor John, tidak menolak peringkat ketiga kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 bakal berlangsung secara berpusat mirip gelembung sukan pada Jun depan.

Dengan peningkatan mendadak kes COVID-19, aksi kelayakan hampir pasti diadakan secara berpusat.

Windsor sendiri tidak menafikan keadaan itu dan perkara berkenaan sudah diperincikan kepada setiap negara yang terlibat.

Tegasnya, semua negara bersedia sepenuhnya dengan keperluan semasa dan dalam masa yang sama, mempersiapkan pasukan bagi mengharungi baki perlawanan.

"Keputusan sudah diambil oleh Jawatankuasa Pertandingan AFC dan dirujuk FIFA (Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa) yang sudah pun memberi kebenaran untuk mereka mengadakan perlawanan secara berpusat pada Jun depan sekiranya ia tidak dapat dilangsung pada Mac ini," katanya.


 

🇳🇿 Auckland City withdraw from participating in 2020 #ClubWC in 🇶🇦 Qatar!

Posted by Asian Football Confederation on Friday, January 15, 2021


Tegasnya lagi, badan induk Asia itu sudah tidak dapat berkompromi lagi.

Pusingan ketiga perlu mengambil tempat seiring dengan keperluan utama untuk saingan Piala Dunia dan Piala Asia bagi tempoh dua hingga tiga tahun dari sekarang.

"Ini ialah peluang terakhir kerana tarikh FIFA yang seterusnya harus digunakan untuk pusingan ketiga, kalau tidak kami tidak boleh habiskan perlawanan sebelum Piala Dunia 2022. 

"Perlawanan kelayakan ini harus mengikut kalender FIFA. 

"Tapi perlawanan kelayakan ini dibenarkan berlangsung di luar kalendar FIFA jika kedua-dua pasukan bersetuju." 

Harimau Malaya di kedudukan kedua Kumpulan G di belakang Vietnam selepas mencatat tiga kemenangan untuk baki tiga perlawanan lagi. 

About Author

Shaiful Shamsudin

Comment