Kekalahan kepada United tidak relevan -- Mbappe

By Ammar Hakim 28 October 2020 6285
Kekalahan kepada United tidak relevan -- Mbappe
Kylian Mbappe percaya kekalahan Paris Saint-Germain (PSG) dalam saingan Liga Juara-Juara (UCL) kepada Manchester United tidak relevan menjelang aksi bertemu Istanbul Basaksehir, walaupun dia menerima penyokong akan mengharapkan lebih daripada pasukan. 

Skuad kendalian Ole Gunnar Solskjaer meraih kemenangan 2-1 di Paris minggu lalu, dengan jaringan penalti daripada Bruno Fernandes dan Marcus Rashford bertindak sebagai penjaring sementara Anthony Martial memberikan gol saguhati buat tuan rumah.

Ia dilihat sebagai satu kejutan memandangkan permulaan musim 2020-21 yang hambar daripada United, sementara PSG berharap dapat memulakan kempen Eropah mereka dengan kemenangan di laman sendiri. 

Oleh itu, PSG perlu mengejar daripada ketinggalan dalam Kumpulan H dan bertandang bertemu juara Turki awal pagi esok bagi memulakan kempen mereka dengan kemenangan.

Mbappe megakui penyokong mahukan PSG bertambah baik kali ini, walaupun dia tidak berasakan kekalahan kepada United meningkatkan tahap tekanan pasukannya.

"Perlawanan UCL, anda perlu sentiasa menang," katanya. "Walaupun kami mengatasi Man United, ia tetap mempunyai kepentingan yang sama. 
 

"Kami perlu menang. Apabila bermain di sini [di PSG], anda perlu sentiasa menang. Jadi, sudah pasti, setelah kalah, penyokong  akan mengharapkan lebih banyak daripada kami, tetapi tekanannya adalah sama.

"Sentiasa ada tekanan ketika anda bermain dan ia tidak akan berubah walaupun berada di Istanbul."


 

About Author

Ammar Hakim

Comment