Andrea Pirlo mendedahkan bahawa Juventus berada dalam ketakutan susulan tewas besar kepada Fiorentina sebelum waktu rehat pertengahan musim selepas pasukannya menewaskan Udinese 4-1 dalam Serie A awal pagi tadi.

Juve dimalukan dengan kekalahan 0-3 kepada Fiorentina di laman sendiri bukan lalu -- kekalahan pertama mereka dalam liga musim ini -- tetapi pasukan juara bertahan itu bangkit dengan bergaya untuk memenangi perlawanan terbaru di Stadium Allianz.

Cristiano Ronaldo menjaringkan dua gol yang mengapit jaringan Federico Chiesa -- musim ke-15 berturut-turut bintang Portugal itu menjaringkan 20 gol atau lebih buat kelab dan negaranya -- sebelum pemain Udinese, Marvin Zeegelaar, dan Paulo Dybala saling berbalas jaringan pada lewat permainan.

Kemenangan itu mengelakkan Juve daripada rekod buruk gagal meraih kemenangan dalam tiga perlawanan berturut-turut di laman sendiri sejak musim 2015-16 dan Pirlo mengakui kekalahan kepada Fiorentina dalam perlawanan lalu telah mengganggu pemikiran pemainnya.

"Ia bukan aksi terbaik Juventus memandangkan kami baru sahaja tewas besar kepada Fiorentina, jadi kami bermula dengan agak takut dan gemuruh, terutama ketika penyerang mereka melakukan larian. Kami mendapat lebih keyakinan ketika permainan berjalan," kata Pirlo kepada DAZN.

"Saya tidak berpuas hati dengan pendekatan kami pada awal permainan, di mana kami masih berasa takut terhadap kekalahan lalu kepada Fiorentina. Jangkaan dan pergerakan kami tidak tepat, terutama di bahagian sayap.

"Kami sedar Udinese akan mencuba untuk bertahan, menyerang balas dan menantikan kesilapan kami tetapi kami merakukannya dengan baik dalam menjaga kawasan bagi mengelakkan mereka melakukan perkara itu," katanya.

Gol lewat permainan Dybala merupakan gol keduanya dalam LaLiga musim ini dan ia hadir dalam perlawanan di mana dia kehilangan bola sebanyak 21 kali -- tujuh kali lebih banyak berbanding mana-mana pemain Juve lain.

Walaupun banyak membazirkan peluang, Pirlo gembira dengan sumbangan pemain kebangsaan Argentina itu dan percaya jaringan itu merupakan hasil daripada kerja keras penyerang berkenaan dalam mendapatkan kecergasan.

"Kami memerlukan Dybala dan dia memerlukan kami. Dia bekerja keras dalam latihan sepanjang minggu ini.

"Kami dapat melihatnya dalam permainan bahawa keadaan fizikalnya semakin baik dan kami mengekalkannya sehingga penghujung permainan kerana kami berharap dia dapat menjaringkan gol itu," tambahnya.