Matthijs de Ligt telah diuji positif koronavirus, demikian disahkan pasukannya, Juventus.

Juve menentang AC Milan, Sabtu lalu tanpa Juan Cuadrado dan Alex Sandro berikutan positif COVID-19 dan pemain kebangsaan Belanda itu kini sedang menjalani pengasingan kendiri.

Skuad Bianconeri itu akan berdepan Sassuolo esok sebelum bertemu Genoa dan Inter Milan minggu depan.

Satu kenyataan yang dikeluarkan kelab itu berkata: "Kelab Bolasepak Juventus mengumumkan bahawa, sewaktu pemeriksan yang dilakukan oleh pihak berkuasa, Matthijs de Ligt telah didapati positif COVID-19.

"Pemain itu kini sedang ditempatkan dalam pengasingan kendiri."

De Ligt terlepas saingan awal musim 2020-21 kerana menjalani pembedahan bahu pada Ogos lalu tetapi dia memulakan 12 perlawanan berturut-turut dalam kesemua kejohanan sejak kembali beraksi pada 21 November lalu.