Juventus kini lebih berseronok di bawah kendalian Andrea Pirlo jika dibandingkan musim lalu ketika Maurizio Sarri bertindak sebagai ketua jurulatih, menurut pemain tengah, Aaron Ramsey.

Pirlo dipilih sebagai pengganti Sarri bulan lalu dan merekodkan kemenangan pertama kendaliannya, mengatasi Sampdoria 3-0 minggu lalu.

Ramsey yang menikmati aksi terbaiknya bersama Juve selepas menghasilkan enam peluang -- termasuk bantuan jaringan buat Cristiano Ronaldo.

Dan pemain kebangsaan Wales itu mendedahkan suasana bilik persalinan kini di belakang pelantikan Pirlo.

"Kami memiliki jurulatih, staf, idea yang baru dan pemain-pemain turut terlibat dalam setiap aspek," katanya.

"Saya berasakan kami lebih berseronok berbanding tahun lalu. Sesi latihan agak sukar tetapi semua menikmatinya."

Dejan Kulusevski dan Leonardo Bonucci menemui sasaran buat Juventus dalam aksi pembukaan, tetapi Ramsey percaya lebih banyak lagi akan dipamerkan oleh pasukannya menjelang kunjungan berdepan Roma.

"Kami bermula baik tetapi perlu meningkatkan lagi mutu persembahan," katanya. "Dalam pasukan yang memiliki barisan pemain ternama, kami boleh bermain dengan misi untuk mencapai saaran."