Romelu Lukaku percaya Inter di landasan terbaik selepas menamatkan saingan di tempat kedua dalam saingan Serie A.

Kemenangan 2-0 dalam aksi terakhir ke atas Atalanta memastikan Inter di tempat kedua, yang sekadar ketinggalan satu mata di belakang Juve, yang gagal mencetak kemenangan pada penghujung saingan.

Lukaku meledak 23 gol daripada 36 aksi liga pada penampilan pertamanya dalam saingan di Itali buat The Nerazzurri berikutan perpindahan dari Manchester United dan berharap aksi yang cemerlang akan hadir pada musim hadapan.

"Serie A sudah berakhir tetapi kami masih lagi membentuk sesuatu yang lebih baik buat pasukan," kata penyerang itu.

"Terima kasih di atas sokongan anda kepada pasukan sepanjang musim ini. Kepada rakan sepasukan, anda telah banyak membantu dan saya akan berusaha untuk memberikan yang terbaik dalam setiap perlawanan."



82 mata yang diraih Inter menyamai rekod ketika mereka bergelar juara Serie A pada musim 2009-10 di bawah kendalian Jose Mourinho.

Ia merupakan pertama kali mereka melepaskan 79 mata tanpa memenangi Scudetto.