Ketua Eksekutif Inter Milan, Giuseppe Marotta, berkata the Nerazzurri masih belum berbincang mengenai perpindahan bintang tengah, Sandro Tonali, dengan Brescia.

Tonali mencuri perhatian susulan prestasi bersama Brescia tatkala dia menjadi buruan Juventus, Inter, Manchester United, Manchester City dan Barcelona.

Inter dijangka akan mendapatkan khidmat Tonali yang dibandingkan dengan legenda Itali, Andrea Pirlo, dan dilaporkan telah bersetuju dengan kontrak selama lima tahun.

Ditanya mengenai iklan di China yang memaparkan pengurus Inter, Antonio Conte, mengecatkan jersi pasukannya terhadap Tonali, Marotta berkata: "Saya fikir dia melakarkan pemain termuda dalam perlawanan, jadi ia mungkin untuk memberi inspirasi buat kelompok muda mengenai Inter untuk masa akan daatng.

"Tonali diminat ramai, bukan sahaja saya tetapi semua peminat bola sepak di Itali.

"Dia masih pemain Brescia dan kami belum berbincang dengan mereka walaupun wujud laporan mengenainya."

Tonali -- yang memainkan peranan utama sewaktu Brescia kembali dinaikkan daripada Serie B pada musim lalu -- telah meledakkan satu gol dan satu bantuan jaringan, musim ini.

Dia dilaporkan sedia untuk mengikut langkah Achraf Hakimi ke Inter yang sedia untuk mengumumkan kehadiran pertahanan Real Madrid itu susulan pinjaman dua tahun di Borussia Dortmund.