Marco Verratti menyifatkan pertembungan Paris Saint-Germain (PSG) dengan Manchester United dalam saingan Liga Juara-Juara sebagai aksi 'final', memberikan amaran kepada rakan sepasukan mereka tidak mempunyai sebarang alasan selepas tamat perlawanan.

Finalis tahun lalu berkunjung ke Old Trafford awal pagi esok selepas mengutip enam mata daripada empat perlawanan Kumpulan H.

Ia menyaksikan mereka berkongsi mata dengan RB Leipzig dan tiga mata di belakang pendahulu, United, yang memerlukan seri untuk layak ke pusingan 16.

Skuad kendalian Ole Gunnar Solskjaer telaj menang tujuh aksi Eropah di laman sendiri, meledak 24 gol dan sekadar bolos dua.

Dan Verratti, yang hanya membuat penampilan dalam pertandingan itu sebagai pemain gantian ketika menang 1-0 ke atas Leipzig minggu lalu, mengakui PSG perlu berada di tahap terbaik untuk menang.

"Ia aksi final," katanya. "Saya berasakan semua tidak sabar untuk perlawanan ini. Kami beraksi dalam stadium yang besar, lawan yang besar.

"Ia adalah penting buat kami menang. Kami perlu berada di tahap terbaik dan membuktikan kemampuan kami. Kami perlu beraksi di tahap 150 peratus kerana mereka juga perlu menang.

"Akan sentiasa ada tekanan beraksi bersama PSG. Semua perlawanan ini adalah penting. Kami telah tewas dua peringkat kumpulan dan kami tidak boleh tewas sekali lagi. Anda perlu yakin dan memberikan yang terbaik di atas padang."