Hazard harungi saat sukar -- Zidane

By Ammar Hakim 1 December 2020 501
Hazard harungi saat sukar -- Zidane
Zinedine Zidane mengakui Eden Hazard mengharungi 'saat sukar' namun menegaskan Real Madrid akan melakukan segalanya untuk membantu pemain itu.

Pemain kebangsaan Belgium itu telah dihimpit masalah kecederaan selepas berhijrah ke Real dari Chelsea hampir 18 bulan lalu.

Musim lalu dia sekadar turun beraksi 14 kali dalam kesebelasan utama bagi saingan LaLiga, memainkan peranan kecil ketika membantu Real menjuarai gelaran liga.

Dia kemudian bergelut musim ini dan mengalami kecederaan lotot paha kanan selepas tiga kali beraksi ketika bertemu Deportivo Alaves Sabtu lalu.

Tiada skala masa diletakkan sebelum dia kembali bersama pasukan dan tidak tersenarai dalam skuad Real untuk aksi Liga Juara-Juara bertemu Shakhtar Donetsk.

Zidane berkata ia merupakan tanggungjawab kelab untuk menjaga pemain berusia 29 tahun itu dan pengendali kelahiran Perancis itu berharap penyerang itu akan kembali lebih baik berbanding sebelum ini.
 
Ditanya dalam sidang media jika Hazard mengalami impak psikologi selepas satu lagi kecederaan, Zidane berkata, "Tiada. Kadang-kala kecederaan berlaku dan kami perlu mengharunginya. Dia seorang yang kuat, saya tidak meraguinya.

"Akhir-akhir ini dia mengalami kesukaran. Kami akan membantunya untuk cepat sembuh.

"Ini adalah situasi yang rumit bagi Eden. Dia tidak pernah cedera dalam kariernya dan kini mengalami lebih banyak musibah. Dia pasti akan kembali kuat. Kami tidak sabar untuk bertemu dengannya lagi."


 

About Author

Ammar Hakim

Comment