Godin tinggalkan Inter untuk sertai Cagliari

By Ammar Hakim 25 September 2020 183
Godin tinggalkan Inter untuk sertai Cagliari
Diego Godin telah menyempurnakan perpindahan dari Inter ke Cagliari.

Pertahanan kebangsaan Uruguay itu hanya menikmati semusim bersama skuad kendalian Antonio Conte sebelum sebelum dianggap lebihan keperluan.

Cagliari mengesahkan Godin -- juara Liga Europa dua kali dan juara LaLiga bersama Atletico Madrid -- telah menandatangani kontrak selama tiga tahun, bermakna dia akan kekal di kelab sehingga 37 tahun.

Godin telah beraksi 23 kali dalam saingan Serie A ketika Inter menamatkan saingan di tempat kedua di belakang Juventus musim lalu, manakala membantu pasukan mara ke final Liga Europa, meledak gol ketika The Nerazzurri tewas 3-2 kepada Sevilla.

Cagliari, yang menamatkan saingan di tempat ke-14 musim lalu, diperkuatkan dengan beberapa barisan pemain dari Uruguay, dengan Gaston Pereiro, Nahitan Nandez dan Christian Oliva sudah bersama kelab.

Mereka memulakan musim 2020-21 dengan keputusan seri 1-1 ketika bertemu Sassuolo.
   

About Author

Ammar Hakim

Comment