RANGERS 4 ROYAL ANTWERP 3

Steven Gerrard memuji "kualiti dan perwatakan" Rangers selepas mereka meraih jaringan lewat untuk mendahului memastikan kejayaan 4-3 dengan Royal Antwerp dalam pertemuan pertama peringkat 32 Liga Europa.



Pendahulu Liga Perdana Scotland itu ketinggalan 1-2 dan 2-3 di Bosuilstadion sebelum memenangi perlawanan yang melibatkan tujuh gol berkenaan menerusi rembatan pemain gantian, Ryan Kent, dan sepakan penalti kedua Borna Barisik dalam tujuh minit terakhir.

Rangers, yang kehilangan ketua pasukan, James Tavernier, dan penyerang, Kemar Roofe, akibat kecederaan dalam separuh pertama, kini belum tewas dalam tujuh perlawanan sementara hanya tumbang sekali dalam 40 aksi terakhir.

Tatkala Gerrard mengaku gusar dengan kegoyahan bentengnya -- angka Gers dibolosi awal pagi tadi menyamai jumlah gol yang mereka lepaskan dalam 11 perlawanan -- dia bagaimanapun tetap gembira dengan usaha pasukannya mendapatkan kemenanga.

"Saya hanya menunggu degupan jantung ini reda," katanya.

"Ini adalah satu perlawanan yang hebat. Saya pasti semua orang menikmatinya. Tetapi dari sudut pandangan pengurus, pasti ada banyak yang perlu dianalisis.

"Jelas, corak bertahan kami tidak kental malam ini, kami belum berada di tahap terbaik. Kami melepaskan tiga gol dan itu adalah kedua kali ia berlaku di tahap ini. Itu pesanan saya dan kami menyusunnya.



"Tetapi adalah sangat sukar untuk menang di tempat sendiri di pentas Eropah. Pengalaman kelab Scotland mara jauh ke Eropah membuktikannya.

"Sangat sukar untuk menang di peringkat ini di gelanggang lawan. Saya harus memberi penghargaan kepada anak buah kerana berjaya memenangi perlawanan ini. Saya fikir prestasi kami jauh lebih baik dalam babak kedua."